Dec 22, 2012

Sang Penghukum

Kalau boleh aku tak mau terlalu warnakan kanvas blog ini dengan tulisan berbaur seksual. Jangan ada yang memberi tafsiran yang salah, aku tak kata ya untuk benda yang nyata salah. Namun, bila lihat terus ramai yang prejudis, ramai yang seakan bodoh berfikir, bijak berkata. Maka kadang-kadang terusik jiwa menulis.


Aku kaki blog. Tulis lah apa saja, aku akan baca. Dari tulisan, dari gaya, dari font, dari saiz font, dari template hinggalah ke tatarias blog tu, aku lihat da baca tafsiran minda penulisnya. Jenis sederhana kah, jenis periang kah, jenis kaki hiburan kah, atau macam-macam jenis manusia yng ada lagi.


Ramai orang buat blog. Mula-mula buat blog sebab nak cuba-cuba bakat menulis, ada buat blog sebab jeles tengok blog kawan dapat sambutan, ada buat blog sebab tengok boleh kaya dengan blog (walaupun kandungan entah apa-apa siap tiru konsep+kandungan blog yang popular) dan ada macam-macam sebab lagi untuk orang buat blog. 


Untuk kata domain yang ada .sex dihujung nya. (contoh:www.urban.sex.) adalah antara yang paling mahal dan laku di dunia siber berbanding .com, .net atau lain-lain lagi (rujuk kat pakar IT). Jadi blog berunsur seks juga adalah SANGAT LAKU! OK.stop. aku bukan minta atau cadang kamu semua untuk buat blog berunsur SEKS. Apetah lagi seks-seks pelik. Yang aku nak cerita ini adalah tabiat dan sikap sesetengah blogger yang suka guna unsur seks untuk tarik trafik walaupun hakikatnya, takdelah yang SENSUAL sangat.  


Aku terbaca beberapa blog ni. Yup, ini namanya blogwalking. Blog nya campur-campur, ada cerita peribadi, ada copy-paste berita, ada copy-paste blog-blog famous. So, kebetulan tak berapa tinggi sangat hits di blog nya, si penulis mencari tarikan dengan guna isu LGBT. Ok, aku masih baca, mungkin ada topik yang boleh yang dibincangkan secara baik dan ilmiah. Namun, bagi aku entri itu sangat tak adil dan hanya menunjukkan fobia tanpa sebab dan penuh dengan kutukan. Okeh, mungkin orang kata aku paranoid. Tapi benarkan, salah hukumnya layak dengan cacian dan kutukan? Kutuk, maki, cerca dan kutuk lagi dan  orang ingat masalah itu akan habis?


Aku biasa baca perkataan ini. 

"Euuu...gelilah..." 


"berselera jugak eh diorang sesama jenis?" Euww.


"Taubat lah aku tak mau JUMPA siapa-siapa macam ni!"


" Mampuslah kau, masuk neraka jahanam, aku jumpa geng-geng macam ni, sure aku bunuh!"


" Kena selidik lak betul-betul my bf nanti, harap-harap tak ada simptom macam ni"


" I ada kawan macam ni, naseb baek dia tak tackle BF I".


"Nabi pun tak mengaku umat la B***H!" 


Ok lah. banyak lagi yang aku baca. Cuma tak larat nk tulis makian tu semua. Mungkin korang pun paham dan mungkin korang pun lagi lali telinga mendengarnya. 


 Entahlah, bagi aku semua berhak bersuara. Bila bersuara baru kita tahu tahap pemikirannya. Maafkan lah kalau mereka bodoh dan tak tahu meneliti dan mencari sebab dan penyelesaian. Maafkan lah mereka kerna mereka gagal memahami apa yang kita fikirkan. Maafkan mereka kerna manusia seperti mereka lebih cenderung menghukum dan melabel. dan mereka juga sangat senang minta maaf seperti tiada apa yang terjadi. Itulah mereka. 


Maka itu, kadang-kadang aku rasa untuk menulis. Biarlah tak ramai yang baca, tapi biarlah sekurang-kurangnya ada cerdik pandai, alim ulama yang terbaca seterusnya fikir cara terbaik menangani, bukan cara mencerca membabi buta. 


Kadang-kadang aku terfikir juga, saat aku terbaca satu komen jengkil.

" Kalau aku tahu adik aku G**, memang aku bunuh dia time tu juga". 

Contohlah tuhan memberi ujian untuk dia, anak kesayangannya cenderung kepada sesama jantina. sanggupkan dia bunuh? atau dia fikir semula untuk memberi kaunseling dan bimbing? atau buang terus dari keluarga? Pastikah dia zuriat nya baik dan lurus seksualnya? Entahlah. Mungkin dia PASTI sangat seksual bakal anak-anak nya lurus.Itu sebab dia berani cakap. Harap-haraplah.


Mereka ada hak untuk membenci. Memang fitrah benda buruk dalam norma masyarakat setempat, benda buruk balasan nya kebencian dan hukuman. Tapi mereka tiada hak untuk melabel, menghukum apa-apa pun, tanpa asas yang kukuh. Kesian.


Entahlah. Mungkin itu sebab tuhan beri otak untuk semua berfikir, kadang-kadang tak semua kepandai an diukur dengan kertas.





1 comment:

Anonymous said...

hrmm ..kerna dia guna otak lah dia beranggapan begitu..tp kalo dia guna akal ..mungkin lain jadinya :)